Pajaking PDPA

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010

NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

This written notice (“Notice”) is issued by Evergreen Max Cash Capital Sdn. Bhd. and on behalf of its subsidiaries and/or related corporations (collectively “our”, “us” or “we”) to you.  For the purpose of this Notice, the terms “personal data”, “sensitive personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”).

Notis bertulis ini (“Notis”) dikeluarkan oleh Evergreen Max Cash Capital Sdn. Bhd. dan bagi pihak syarikat-syarikat subsidiari dan/atau perbadanan-perbadanan berkaitannya (secara kolektif “kami”) kepada anda. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).

Consent/ Persetujuan

1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf when you engage with our services, when you register as our supplier or when you visit our website at www.pajaking.com (“Website”) and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, apabila anda mendaftar sebagai pembekal kami  atau apabila anda melawat laman web kami di www.pajaking.com (“Laman Web”) dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.

Description of personal data/ Perihalan data peribadi

2. We may collect a variety of personal data from you from time to time including but not limited to your name, company name, home address, mailing address, national registration identity card number, race, age, gender, telephone number, fax number, e-mail address, designation, bank account/payment details, results of credit checks (if any), CCTV images and footages, other information that is publicly available, and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion. The types of personal data that we may collect would depend on the circumstances of the collection, the nature of the services involved or our dealings with you.

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi daripada anda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nama syarikat, alamat rumah, alamat mel, nombor kad pengenalan, bangsa, umur, jantina, nombor telefon, nombor fax, alamat e-mel, jawatan, maklumat akaun bank/bayaran, hasil pemeriksaan kredit (jika ada), imej dan rakaman CCTV, serta butiran-butiran lain yang tersedia secara umum, dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya. Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul bergantung pada keadaan pengumpulan, jenis perkhidmatan yang terlibat atau urusan kami dengan anda.

Purpose / Maksud

3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for the following purposes (where relevant):

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami untuk maksud-maksud berikut (jika relevan):

  • performing pre-contractual activities and our contractual obligations with you;

melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami dengan anda;

  • ensuring the performance by you of your pre-contractual and contractual obligations to us;

memastikan anda melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak anda terhadap kami;

  • providing you with our services;

memberi anda perkhidmatan kami;

  • receiving products and/or services from you;

menerima produk dan/atau perkhidmatan daripada anda;

  • administering and managing our loyalty programme and your account with us;

mentadbir dan menguruskan program kesetiaan kami dan akaun anda dengan kami;

  • implementing and effecting the requests or transactions relating to pawn broking or gold trading;

melaksanakan permintaan atau transaksi yang berkaitan dengan pajak gadai atau perdagangan emas;

  • verifying your identity and creditworthiness;

mengesahkan identiti dan kelayakan kredit anda;

  • verifying and carrying out financial transactions in relation to payments made by or to you and administering and processing any payments related to products and/or services requested or provided by you;

mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta atau dibekalkan oleh anda;

  • communicating with you;

berkomunikasi dengan anda;

  • data analytics, data matching, internal business and administrative purposes, including without limitation for purposes related to data storage and management;

data analisis, pemadanan data, maksud-maksud perniagaan dalaman dan pentadbiran, termasuk tetapi tidak terhad untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan data;

  • where relevant, granting you access to any relevant premises/facilities, including without limitation the premises/facilities owned, operated or managed by us or on our behalf (“Our Premises”) subject to any relevant terms and conditions;

jika relevan, memberikan anda akses kepada mana-mana premis/permudahan berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada premis/kemudahan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh, atau bagi pihak, kami (“Premis Kami”) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang berkaitan;

  • law enforcement purposes, assisting investigations by police or other government or regulatory authorities and to meet requirements imposed by applicable laws and regulations or other obligations committed to government or regulatory authorities;

maksud-maksud penguatkuasaan undang-undang, membantu siasatan oleh pihak-pihak polis atau kerajaan atau pengawal selia yang lain, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan atau tanggungjawab lain terhadap kerajaan atau pihak-pihak pengawal selia;

  • performing such other contract as may have been entered between you and us;

melaksanakan apa-apa kontrak lain yang telah dipersetujui antara anda dengan kami;

  • purposes of enforcing our legal rights and / or obtaining professional or legal advice;

maksud menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau undang-undang;

  • complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from regulatory bodies; and/or

mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan/atau permintaan daripada perbadanan kawal selia; dan/atau

  • such other purposes authorised by you or directly related or ancillary to the foregoing.

maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.

(collectively, the “Purposes”).

(secara kolektif, “Maksud” tersebut).

Source of personal data/ sumber data peribadi

4. Your personal data is being or is to be collected from a variety of sources, including without limitation:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber, termasuk tanpa had:

  • when you fill in your details in our pawn bill or our supplier registration application form, purchase or trade gold with us, communicate with us, and when you use the Website;

apabila anda mengisi butiran-butiran anda dalam surat pajak gadai kami atau borang permohonan pendaftaran pembekal kami, membeli atau berdagang emas dengan kami,  berkomunikasi dengan kami, dan apabila anda menggunakan Laman Web;

  • when you visit Our Premises in person;

apabila anda melawat Premis Kami;

  • from CCTV;

dari CCTV;

  • through our business partners and/or other independent third party sources; and/or

melalui rakan kongsi perniagaan kami dan/atau pihak ketiga bebas yang lain; dan/atau

  • from all other communications between you and us and all other information that you may provide to us from time to time.

dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi

5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data subject to the following and subject to provisions of the Act:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda tertakluk kepada peruntukan berikut dan peruntukan Akta tersebut:

  • you may, upon payment of a prescribed fee (if any), make a data access request or a data correction request in writing to us; and

anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan (jika ada), membuat suatu permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami; dan

  • we may refuse to comply with your data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.

kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

6. You may, by providing us with a notice in writing: (a) limit the processing of your personal data or request us to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing; and/or (b) withdraw your consent previously given to us (in full or in part) to the processing of your personal data, subject to any applicable legal restrictions and a reasonable duration of time for such notice/request to be effected. If you limit the processing or withdraw your consent to any or all use of your personal data, it may result in: (i) us being unable to continue to administer any arrangement or contractual relationship in place between you and us; (ii) us being unable to (continue to) perform any of our contractual obligations to you (if any); (iii) us being unable to process your personal data for any of the Purposes; and/or (iv) the termination of any arrangements/agreements/contracts between you and us, without any liability on our part (“Consequences”).

Anda boleh, dengan memberi kami pemberitahuan secara bertulis: (a) menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk maksud pemasaran langsung; dan atau (b) menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) untuk memproses data peribadi anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk perlaksanaan pemberitahuan/permintaan tersebut. Jika anda menghadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, ia akan menyebabkan: (i) kami tidak dapat terus mentadbir sebarang pengaturan atau hubungan kontraktual antara anda dan kami; (ii) kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana obligasi kontractual kami kepada anda (jika ada); (iii) kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud tersebut; dan/atau (iv) penamatan sebarang perjanjian/pengaturan/kontrak antara anda dan kami, tanpa sebarang tanggungjawab dari pihak kami (“Konsekuensi”).

7. You may contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data via the methods below:

Anda boleh menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda melalui butiran seperti yang dihuraikan di bawah:

Designation/ Jawatan:Customer service 
Telephone No./ No. Telefon: 03-92246222
E-mail address/ Alamat E-mel: cs_pajaking@emc.capital

Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi

8. We may disclose/transfer your personal data to the following third parties (who may be located within or outside Malaysia):

Kami akan menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berikut:

  • our related corporation, affiliates or subsidiaries;

syarikat bersekutu, ahli gabungan atau subsidiari kami;

  • any agent, contractor or third-party service provider including without limitation those who provide administration, legal, accounting, data processing, email, telecommunications, computer, payment, technology outsourcing, call centre services, services in connection with the operation of our business and the provision of services to you;

mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga termasuk tanpa had mereka yang memberikan perkhidmatan pentadbiran, perundangan dan perakaunan, pemprosesan data, emel, telekomunikasi, komputer, bayaran, teknologi penyumberan luar, pusat panggilan, perkhidmatan berhubung dengan operasi perniagaan kami dan penyediaan perkhidmatan kepada anda;

  • government or regulatory bodies in any jurisdiction or any person to whom we must disclose data including but not limited to Bank Negara Malaysia and the Ministry of Housing and Local Government;

kerajaan atau badan-badan pengawalseliaan di mana-mana bidangkuasa atau orang yang kami perlu menzahirkan data termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

  • credit reporting agencies and/or our financial and other professional advisors (where relevant); and/or

agensi pelaporan kredit dan/atau penasihat kewangan atau profesional kami (jika relevan); dan/atau

  • any such third party requested or authorised by you for any of the above Purposes.

mana-mana pihak ketiga seperti yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud yang dinyatakan di atas.

Third party personal data/ data peribadi pihak ketiga

9. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribanya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

Obligatory personal data/ Data peribadi wajib

10. It is obligatory that you supply us the information marked or specified as compulsory in our forms (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us with any of the compulsory personal data, it may result in the any of the Consequences (as specified in paragraph 6 above).

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir yang ditandakan atau dinyatakan sebagai wajib dalam borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda tidak memberikan kami mana-mana data peribadi wajib tersebut, ia akan mengakibatkan mana-mana  Konsekuensi (seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di atas).

Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

11. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.

Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi

12. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Amendments / Pindaan

13. We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via announcements made through the Website or other appropriate means. Please check the Website from time to time for amendments to this Notice. Any such amendments will be effective upon notification to you. By continuing your engagement of our services or usage of the Website after being notified of any amendments to this Notice, you will be considered as having agreed to this Notice (as amended and updated).

Kami mungkin mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui pengumuman di Laman Web atau cara-cara lain yang munasabah. Sila semak Laman Web dari semasa ke semasa untuk pemindaan kepada Notis ini. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkesan pada masa pemberitahuan kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan atau Laman Web kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai bersetuju dengan Notis ini (yang telah dikemaskini/dipinda). 

Conflict/ Konflik

14. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.